Like this:

3 syarikat ehailing penyebab tambang jatuh (Ehailing.fm)
3 applikasi ehailing dikenalpasti sebagai penyebab tambang ehailing menjadi semakin merudum sehingga menjadikan kadar tambang ehailing sebagai sangat merugikan pemandu. Dua applikasi ehailing tersebut adalah berasal dari luar negara manakala satu lagi dikenali juga sebagai app pilih kasih. Sesudah memperlihatkan bahawa syarikat ini tidak akan mengambil langkah yang sewajarnya maka saya kira pemandu harus bersedia untuk memboikot 3 syarikat ini. Dengan cara demikian saya percaya jumlah pemandu mereka akan menjadi berkurangan seterusnya akan menyebabkan syarikat ini tiada pilihan selain daripada menyediakan kadar tambang yang lebih adil kepada pemandu mereka. Sementara itu Suruhanjaya Pekerja GiG SPG yang ketika ini diperingkat pengkajian oleh KESUMA bersama dengan Universiti Malaya disarankan menjadikan 3 applikasi ehailing ini sebagai bahan kajian utama tentang sebab-sebab ekosistem gig ekonomi menjadi tidak seimbang. Faktor yang jelas sekali sebagai penyebab kepada cacatnya ekosistem ehailing ini adalah kerana ketiadaan tambang lantai.. oleh itu perkara pertama yang dicadangkan kepada SPG nanti adalah merealisasikan tambang lantai kerana dipercayai boleh menyekat kadar tambang dari terus jatuh. Terima kasih RA Ehailing.fm #ehailing #phailing #gig #teksi #segim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading