Malaysia International Humanitarian Organisation MHO sekali tampil di Bank Negara bagi membantu 51 mangsa terpedaya dengan skim pelaburan yang ditawarkan oleh beberapa buah syarikat.
Menurut Dato Hishamuddin Setiausaha Agung MHO kerugian adalah sebanyak RM20,693,648.00. Konsep pelaburan dijanjikan oleh syarikat tersebut adalah menjanjikan pulangan dividen yang lumayan.
Syarikat tersebut adalah sebuah syarikat ternama dan telah beberapa kali memenangi anugerah serta diketuai oleh seorang yang bergelar Dato.
Pihak MHO berharap pihak berkuasa khususnya Bank Negara dapat mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.