Susulan kenyataan Sekretariat Forum GiG Ekonomi Malaysia (NGO) sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi penggiat industri GiG seluruh negara, hari ini Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin akan mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia applikasi phailing dari Grabfood dan wakil penghantar iaitu Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia di Kuala Lumpur pada petang ini.
Sementara itu industri phailing agak bergelora pada minggu lepas 19.1.24 apabila lebih 300 penghantar grabfood berhimpun di pejabat Grab di Petaling Jaya bagi meluahkan ketidakpuashatian sistem upah terbaru yang dilakukan oleh pihak grabfood.
Susulan itu pelbagai pihak tampil memberi cadangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut termasuk kesediaan pihak Sekretariat Forum GIG Ekonomi Malaysia menjadi orang tengah dan disambut baik oleh pihak Grabfood dan Penghantar.
Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha yang dilakukan oleh mereka dapat menyelesaikan isu yang sudah memakan masa yang agak lama tersebut.
#phailing #grabfood #foodpanda #lalamove #shopeefood