https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nK7RS7NRBQjyyeES5WX1DMCdzjKz2qUZYj7bH8AbqoTK5N2aXPDMGbxxHw6XPEdHl&id=100063840980043&mibextid=UyTHkb
Cik Intan ini sudah 250 kali guna indrive.. maka itu beliau sangat bijak memberi kadar tambang yang teramat berbaloi untuk direbut oleh para pemandu di seantero pelosok Lembah Klang.
Beliau menggunakan sepenuhnya ruang yang diberi oleh indrive untuk menulis angka yang di bawah tambang cadangan yang diunjurkan oleh indrive..
Saya pasti cik Intan ni akan tersenyum sampai telinga sewaktu membayar tambang menggunakan duit kertas 24 keping (supaya nampak banyak) dan buat-buat lupa kadar tol perjalanannya.. paling tidak pun dia akan tanya "bang tol penumpang kena tambah perk?".
Kepada pada pemandu indrive anda sepatutnya ada kaedah sendiri untuk bertarung dalam permainan sistem indrive ini supaya anda tidak mengalami kerugian selepas menurunkan penumpang.
Sambil itu kepada pemandu yang mengambil tempahan cik Intan ini tolong sampaikan pesanan dari Ehailing.fm iaitu kami ingin menemubual beliau dalam sisi sembang pengguna ehailing.
Terima kasih
SH Ehailing.fm
_____________________
Kelas PSV Lembah Klang: www.wasap.my/601116861593/lesen+PSV