Payah betul.
Kita berusahan nak naikkan status dan imej para rider p-hailing setaraf dengan betapa pentingnya p-hailing sebagai pemangkin dalam industri F&B dan penghantaran di Malaysia, tetapi disebabkan ada beberapa mangkuk ayun bangang yang menjadi rider ni menyebabkan orang pandang hina penggiat industri p-hailing.
Betul la kata orang dulu-dulu, kerbau seekor membawa lumpur, habis terpalit kerbau sekandang dengan lumpur.
Bodoh betul la.
Pekerja p-hailing mempertaruhkan nyawanya selepas motosikal ditungganginya dikesan tidak mempunyai brek dalam Op Motosikal dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dekat sini, malam tadi.
Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 453 motosikal diperiksa dan 135 penunggang dikenakan tindakan termasuk 181 notis saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata pemilik motosikal berkenaan mengubah suai kenderaannya yang boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri serta pengguna jalan raya lain.
"Motosikal ditunggang lelaki berusia 30-an itu melakukan tiga kesalahan pengubahsuaian iaitu tidak mempunyai brek, menggunakan tayar bersaiz kecil dan 'lower arm' lebih panjang.
"Tindakan itu akan mengundang bahaya terhadap penunggang terbabit terutamanya apabila motosikalnya didapati tiada brek belakang yang ia penting untuk keselamatan.
"Apatah lagi, penunggang ini terdedah kepada risiko kerana dia bertugas di jalan raya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan,"