Betul-betul cekik darah..
Seorang pemandu ehailing terduduk apabila diminta jumlah bayaran sebanyak RM1380 untuk membuat insuran ehailing atau insuran di dalam insuran.
Insuran ehailing ini sememangnya bukti nyata kebutaan mereka yang berada di atas sana untuk melihat kembali kucar-kucar sistem ehailing di negara kita..
Kereta persendirian yang telah pun mempunyai insuran biasa tetapi wajib mempunyai insuran tambahan iaitu insuran ehailing sekiranya ingin dijadikan kenderaan ehailing..
Sebelum itu saya sehingga ke hari ini masih gagal ditunjukkan oleh mana-mana pemandu yang telah berjaya membuat tuntutan insuran ehailing dan atas sebab itu saya beranggapan insuran ehailing ini adalah insuran yang hanya berfungsi sebagai alat sakau semata-mata.
Kementerian Pengangkutan pimpinan YB Anthony Loke Siew Fook boleh sahaja melakukan semakan semula terhadap syarat insuran ehailing ini kerana beliau adalah pemimpin yang amat menjiwai rakyat termasuk pemandu ehailing.
Terima kasih
RA ehailing.fm
_______________________
Lesen PSV : www.wasap.my/601116861593/lesen+psv
Daftar sewa kereta: www.wasap.my/601116861593/sewa+kereta