Sana sini pemandu ehailing merungut apabila kadar caj klinik untuk pemeriksaan kesihatan mencecah puluhan ringgit..
Malahan ada klinik yang mengenakan bayaran lebih RM100.00 .. sememangnya kadar ini membebankan pemandu ehailing yang kais pagi makan pagi untuk mencari rezeki.
Buat perkongsian saya sendiri telah melakukan pemeriksaan di klinik xxx ini dengan bayaran hanya RM5.00 sahaja.
Kadar yang murah tersebut bukan sahaja saya yang terkejut tetapi pegawai di kaunter JPJ juga bertanya kepada saya tentang kadar di bawah paras semasa tersebut.
Berkenaan cara pemeriksaan pula klinik tersebut mengikut apa yang disyaratkan di dalam borang laporan pemeriksaan seperti pemeriksaan mata, tekanan darah, jantung dan lain-lain.
CUMA saya tidak boleh mendedahkan nama klinik tersebut dan kepada kawan-kawan yang inginkan nama dan alamat klinik tersebut harap dapat hubungi admin tersohor yang satu tu.. Rizal Adam..
Terima kasih
MFK Ehailing.fm