Like this:

GTSM ucap terima kasih kepada YAB PM
Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia - GTSM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di atas pemberian insentif caruman penuh PERKESO kepada pengiat industri teksi dan bas. Terdahulu dalam Belanjawan 2024, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anuar Ibrahim mengumumkan kerajaan memberi insentif 90% bayaran caruman PERKESO, dan yang terkini YB Tuan Anthony Loke daripada Kementerian Pengangkutan pula mengumumkan pemberian insintif sebanyak 10% caruman PERKESO menjadikan caruman PERKESO untuk pengiat industri teksi dan bas bagi tahun 2024 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Perpaduan begitu menitik berat aspek keselamatan pengiat industri teksi dan bas. Disebalik pemberian insintif tersebut, kami amat berharap kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan akan menyelesaikan isu pokok yang selama ini kami hadapi khususnya isu berkaitan kesamarataan diantara perkhidmatan teksi dan eHailing serta mewujudkan kadar tambang lantai untuk perkhidmatan eHailing. Ketiadaan penetapan kadar tambang lantai oleh kerajaan membuka ruang kepada syarikat-syarikat eHailing untuk memanipulate kadar tambang. Mereka yang selama ini bersaing sesama mereka mengambil jalan tidak bertanggungjawab dengan cara menurunkan kadar tambang ke paras paling rendah untuk merebut penumpang sehingga merugikan pemandu eHailing, malah turut memberi kesan buruk kepada pendapatan hakiki pemandu teksi, kerana penumpang lebih cenderung memilih perkhidmatan eHailing yang lebih rendah daripada harga pasaran sebenarnya. Untuk makluman, kadar tambang teksi sedia adalah satu kadar tambang berdasarkan inflasi dan kos Sara hidup pada tahun 2015, namun demi merebut penumpang dan menguasai pasaran syarikat-syarikat eHailing masih menurunkan harga tambang ke paras paling rendah, adakah ini satu budaya yang perlu dibiarkan oleh Kerajaan yang berlandaskan MADANI..? Kesan perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat-syarikat berkenaan telah meletakkan pemandu teksi kini dalam golongan miskin bandar sehingga menyebabkan kami terpaksa memohon banyak bantuan dari Kerajaan. Kami yakin, jika Kementerian menyelesaikan masalah kami serta mewujudkan persaingan yang benar-benar adil kepada kami, kami bukan sahaja tidak perlu asyik memohon bantuan kewangan dari Kerajaan seperti bantuan awal persekolahan, musim perayaan, caruman PERKESO dan sebagainya, malah kami berupaya keluar dari sistem kemiskinan bandar. Selain itu, kami berharap Kementerian Pengangkutan tidak akan terus melupakan tanggungjawab mereka untuk merangka pelan pembangunan industri Teksi agar perkhidmatan teksi Negara kembali pulih dan setaraf dengan perkhidmatan teksi di Negara maju. Sejak kemunculan eHailing pada tahun 2012, kami melihat Kementerian Pengangkutan seolah-olah telah melepaskan tanggungjawab mereka kepada syarikat eHailing untuk menentukan pasaran, mereka tidak lagi berusaha menaiktaraf industri teksi. Industri teksi di Negara kita telah ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan perkhidmatan teksi di Negara Jiran apatah lagi dengan Negara-Negara Maju. Sehubung dengan itu, kami berharap Kementerian Pengangkutan akan melakukan perubahan dan memacu industri teksi Negara setaraf dengan perkhidmatan teksi di Negara-negara maju. "MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA MADANI" KAMARUDIN HUSSAIN YDP Gabungan Teksi Malaysia

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading