Ingat lagi kisah pemandu ehailing dilokap 10 hari dan kereta disita kerana terbawa PATI..
https://www.facebook.com/share/p/h92uAbvZYywhQDxe/?mibextid=Nif5oz
Saya sering mengingatkan kepada para pemandu ehailing supaya mengelakkan mengambil tempahan di kawasan panas seperti Banting
__________________
𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟰 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗡𝗔𝗣 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟
.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚, 𝟮𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 – Cubaan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang membawa 24 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk masuk ke negara ini
menggunakan laluan tikus gagal.
Bot kayu itu telah ditahan oleh Maritim Negeri Selangor di kedudukan 4.1 batu nautika barat Sungai Janggut kira-kira pada pukul 1.30 pagi tadi.
Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tangkapan itu dilakukan melalui Sistem pengawasan laut (SWASLA) mengenai satu kontek curiga dari perairan Indonesia menuju ke perairan Pulau Angsa kira-kira pada pukul 11.45 malam.
Bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rutin rondaan telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya memintas bot tersebut lebih kurang pukul 12.15 tengah malam tadi.
Bot suspek diarahkan berhenti tetapi bertindak cuba melarikan diri namun dengan kecekapan pasukan operasi, bot itu berjaya ditahan di kedudukan 4.1 batu nautika barat Sungai Janggut pada pukul 1.30 pagi.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 24 orang disyaki warga Indonesia dan Myanmar berada di atas bot ketika penahanan dibuat.
Kesemua yang ditahan ialah 10 lelaki serta empat wanita warga Indonesia dan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak serta enam wanita warga Myanmar berumur daripada lapan hingga 52 tahun.
Hasil pemeriksaan ke atas dokumen, kesemua mereka gagal mempamerkan dokumen perjalanan diri yang sah.
Kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum
diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh
menyalurkannya ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) #HUT19 #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani