Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas satu tuduhan membunuh.
Tertuduh ialah Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40.
Kes sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret di Bangi, Selangor pada Selasa 27 Februari 2024.