Like this:

Motorsikal penghantar Grabfood terbakar
Penghantar Grabfood hanya mampu menyimpan penutup tangki minyak motorsikalnya sahaja untuk kenang-kenangan, manakala selebihnya menjadi bangkai dimamah api pada kejadian 4.3.24 yang lalu. Nabil Hazim bin Ani kini (24).buntu dan bingung apabila satu-satunya motorsikal yang digunakan untuk mencari rezeki hangus terbakar di hadapan Sek. Men. Syed Omar, Alor Setar. Menurut Nabil kejadian pada pukul 3:00 petang tersebut mengejutkan beliau kerana api tiba-tiba muncul dan dengan pantas menjadi marak sewaktu beliau cuba menghidupkan motorsikalnya. Nabil sewaktu dihubungi oleh RA Ehailing.fm sebentar tadi menyatakan beliau telah bertugas lebih setahun sebagai penghantar Grabfood sepenuh masa. Ketika ditanya apakah yang diperlukannya olehnya pada saat-saat sukar ketika ini.. beliau menaruh harapan agar kawan-kawan dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapinya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya selepas ini. Sementara itu dalam satu video yang dipaparkan kelihatan rakan-rakannya dari Grabfood, foodpanda dan lain-lain hadir memberi sokongan kepadanya termasuklah salah seorang telah menghubungi Ehailing.fm untuk berkongsi cerita musibah yang dialami oleh Nabil. Kepada yang berhajat untuk membantu Nabil bolehlah menggunakan info yang saya kongsikan di bawah: Nama: Nabil Hazim bin Ani No phone : 0184692596 Bank: Bank Islam No akaun: 02075025086114 Lokasi : Alor setar Insyaallah.. hari ini hari Nabil mungkin esok atau lusa terjadi kepada kita.. mari kita bergadig bahu membantunya. Terima kasih RA Ehailing.fm #phailing #Grabfood #lalamove #foodpanda #shopeefood #ehailing #terbakar #riderphailing VID-20240308-WA0018.mp4

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading