Like this:

Suruhanjaya Pekerja GiG perlu libatkan pemandu ehailing dan penghantar phailing
Kajian berkenaan Suruhanjaya Pekerja GiG (SPG) disarankan agar melibatkan pemandu ehailing serta penghantar phailing bagi memberi jawapan tepat kepada isu yang membelenggu kedua-dua sektor tersebut. Sebelum itu Menteri Sumber Manusia (KSM) YB Steven Sim Chee Keong telah menyatakan SPG kini sampai ke peringkat kajian oleh KSM bersama dengan Universiti Malaya (UM) sebelum di bawa ke Kabinet. YB Menteri juga memberitahu tempoh kajian adalah 3 bulan. Link video: https://www.facebook.com/share/r/YjnpPngia2Z8jshx/?mibextid=oFDknk Saya yakin KSM dan pihak UM adalah badan yang mampu membuat kajian secara terperinci dan akhirnya mampu membuat keputusan terbaik di dalam isu ehailing ini. Bagaimanapun saya percaya sudah mula ramai yang tertanya-tanya adakah penghantar phailing dan pemandu ehailing menjadi sebahagian sumber utama di dalam kajian tersebut. Kita tidak mahu mereka yang hanya pakar berteori sahaja yang merangka kajian tersebut tanpa melibatkan orang yang benar-benar berada di lapangan khususnya penghantar dan pemandu. Tempoh tiga bulan mungkin memadai untuk kajian namun jika pihak pengkaji sanggup bertugas sebulan sebagai penghantar dan pemandu itu lebih memberi makna terhadap kajian mereka. Apapun di harap SPG benar-benar menjadi penyelamat kepada kemelut gig ekonomi ini agar semua mendapat manfaat daripadanya. RA Ehailing.fm #ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #teksi #segim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading