Ada orang kata betul ke pendapatan seorang pemandu e-hailing ni "masyuk"? Boleh cecah paling rendah (cikai) sekitar RM4500 sebulan? Adakah nilai ini sebenarnya banyak bagi seseorang pemandu e-hailing? Adakah ianya berbaloi?
Rata-rata setelah diambil kira banyak faktor, kami di eHailingFM mendapati kadar "pendapatan" ini sebenarnya rendah. Kurang berbaloi jika kita ambil kira waktu bertugas seseorang pemandu e-hailing ini adalah sekitar 14 jam sehari untuk mendapatkan kadar sekurang-kurangnya RM150 pendapatan sehari.
Ini kita kira pendapatan kasar. Ianya belum dikira kos-kos lain yang menyangkut kepada penyediaan perkhidmatan e-hailing itu sendiri. Dibawah ini adalah pecahan dalam bentuk gambarajah yang mendedahkan bahawa pendapatan bersih hasil tugasan lebih 14 jam sehari itu sebenarnya adalah dibawah garis pendapatan minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada RM1500 sebulan.
Pemandu e-hailing hanya mendapat RM1350 je sebulan hasil kerja lebih 14 jam sehari.
Jadi, apa pandangan anda? Komen sikit wahai para petugas e-hailing ni.