Difahamkan, undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop 'parking' ditetapkan di bawah Seksyen 119 yang membawa kepada penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.