Like this:

SEGiM tak jadi
Jawapan mudah YB Menteri Sumber Manusia ialah Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM akan bertindih dengan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Keempat Perindustrian Negara (MED4IRN) dan Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian.
Menteri Sumber Manusia YB V Sivakumar mungkin terlupa beliau hadir bertepok bersorak bersama bersama para pemandu ehailing dan rider phailing sebaik sahaja YAB Timbalan Perdana Menteri mengumumkan "SEGiM WAJIB" pada 17.7.2023 di WTC Kuala Lumpur.
Saat itu para pemandu ehailing dan phailing terasa nasib mereka akan terbela dengan keyakinan bahawa SEGiM akan menjadi sebuah organisasi yang akan menyelia sektor gig ekonomi dengan tumpuan kepada sektor ehailing dan phailing iaitu dua sektor paling teruk terjejas.
Kami benar-benar kecewa dengan jawapan YB Menteri Sumber Manusia di parlimen semalam susulan pertanyaan daripada YB Dato Seri M Saravanan berkenaan dengan SEGiM.
Industri ehailing dan phailing bakal terus tidak ketahuan selagi tiada usaha seumpama cadangan penubuhan SEGiM dilakukan segera.
Maka kami sarankan YB Menteri Sumber Manusia membubarkan sahaja majlis dan jawatankuasa yang disebutkan oleh beliau kerana keduanya tiada manfaat di dalam sektor ehailing dan phailing malahan sebahagian besar penggiat gig tidak menyedari pun kewujudan kedua-dua organisasi yang kunun-kununnya akan bertindih dengan SEGiM.
Apa yang kedua-dua organisasi tersebut lakukan sehingga selama ini sehingga sektor ehailing dan phailing menjadi dua sektor paling teruk terjejas? Jika jawapannya tiada maka sekali lagi saya sarankan bubarkan kedua-dua bukannya bukannya membubarkan SEGiM sebelum diwujudkan dan dibuktikan keberkesanannya..
Terima kasih
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Zp2jKKEQtXLW7SLkHjQmQrxFDcNTbzMVuVV7npnx2wnjVqFxqSQunqU4kCwN9myQl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading