"Diaorang bayarkan bayaran bulanan kereta aku ke?"
"Dapur tidak berasap"
"Tak suka gantung kunci"
Antara kata-kata yang tidak menyokong hasrat sebahagian pemandu ehailing dan penghantar phailing yang ingin bercuti serentak selama 1 hari sempena Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.
Sementara itu usaha para pejuang ehailing untuk mengajak para pemandu ehailing dan phailing berhimpun di Menara Maybank terus dipergiatkan..
Dijangkakan pemandu ehailing dan phailing akan memberi sokongan kepada usaha ini kerana golongan pemandu ehailing dan penghantar phailing sering meluahkan ketidakpuashatian berkenaan kasar tambang dan upah yang tidak menyebelahi mereka pada waktu ini.
Kepada yang ingin mendapatkan info berkenaan aktiviti pada 1 Mei ini dijemput masuk ke group wasap disediakan.
https://chat.whatsapp.com/CuGu8h4hhJ34Zl9LXsuCsl
Bersatu teguh bercerai roboh.
Terima kasih
RA Ehailing.fm