Like this:

Laluan Motorsikal – Jangan Buat Secara Ala Kadar

Setiap pembinaan lebuh raya baharu di masa hadapan wajib menyediakan lorong khas bagi laluan motosikal bagi menjamin keselamatan para penunggang. Cadangan itu merupakan antara yang diselitkan dalam Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya (HNDP) dibawah Kementerian Kerja Raya pimpinan Menterinya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi.

Buat masa sekarang apa yang sedang dilakukan adalah dengan melebarkan jalan untuk beri laluan kepada penunggang motorsikal.

Laluan motorsikal baharu ini di lebuhraya akan beri implikasi terhadap kos, tetapi Kementerian Kerja Raya amat prihatin terhadap nyawa para pengguna motorsikal. Walaupun begitu, ketika ini setiap pelebaran jalan yang sedang giat dilakukan namun ianya tidak mudah dilaksanakan ekoran tiada ruang sesuai di laluan jalan sedia ada

Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memperbanyakkan tempat berteduh penunggang motosikal dibina di lebuh raya seluruh negara di bawah Inisiatif Bitara Malaysia Madani: Kementerian Kerja Raya.

Sebelum ini media melaporkan, sebanyak 119 tempat berteduh penunggang motosikal akan dibina di lebuh raya membabitkan 33 syarikat konsesi. Jumlah itu merupakan tambahan daripada 353 tempat berteduh motosikal yang sudah tersedia sebelum ini.

Apa pun pada pandangan Admin, wajarlah pembinaan laluan motorsikal itu mendapat pandangan dari kumpulan sasar iaitu penunggang motorsikal. Ini kerana terdapat banyak laluan motorsikal yang gelap (tiada berlampu), licin (berair apabila hujan berlaku), berlubang dan sempit (sampai susah untuk berselisih ketika memotong).

Jangan main sedap buat jer sekadar janji siap (ala kadar).

Admin
www.ehailing.fm

Laluan Motorsikal

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading