Like this:

Kenderaan EV Tidak Mesra Alam?

Di Hangzhou, China terdapat beberapa kawasan yang dikenalpasti telah menjadi satu tanah perkuburan bagi kenderaan EV. Lambakan kereta EV yang tidak berbaloi untuk diganti baterinya telah dibiarkan disusun dan diletakkan disini. Kebanyakan kereta EV ini asalnya hanya mempunyai bateri yang mampu untuk menggerakkan kenderaan EV ini sejauh 100km hingga 160km (60 batu hingga 100 batu) sahaja.

Kubur Kenderaan EV

Perkara yang amat dikhuatiri berlaku dimasa depan di banyak negara adalah lambakan kenderaan EV yang terbuang dimana ianya tidak di"recycle". Kos untuk "recycle" pun agak tinggi terutamanya bagi kes bateri Lithium-Ion yang digunakan secara meluas oleh para pengeluar kenderaan EV.

Jangka hayat sesebuah pek bateri bagi kenderaan EV ini biasanya adalah antara 10000 hinggan 15000 "cycle" pengecasan sahaja. Dan kos untuk penggantian bateri baharu pula ianya adalah hampir menyamai 60% harga kereta EV terpakai. Ini menyebabkan di China, ramai pemilik kenderaan EV tidak mahu menukarganti pek bateri kenderaan EV mereka lalu membiarkan (membuang) sahaja di merata tempat longgokan.

Ditambah pula dengan kos rebat untuk pembelian kenderaan EV baharu yang menggiurkan, para pemilik kenderaan EV lama memang akan mengabaikan kenderaan EV mereka. Lebih baik mereka membeli kenderaan EV yang baharu. Lebih cantik, lebih kemas, lebih jarak perbatuan.

Jangkaan dan analisis yang dibuat oleh pihak eHailingFM juga mendapati senario ini besar kemungkinan akan berlaku juga di Malaysia bilamana kos penggantian pek bateri yang berharga tinggi dan tidak berbaloi. Tambah lagi mungkin pek bateri baharu tidak sesuai dipasang pada kenderaan EV yang lama.

Kubur EV China 2

Jadi, jika dasar Kenderaan EV tempatan yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia tidak menyediakan satu platform yang bagus untuk para pengguna kenderaan EV di Malaysia, maka perkara macam yang berlaku di China ini pasti juga akan berlaku di Malaysia.

eHailingFM berpendapat adalah lebih baik dasar digubal bagi memaksimakan dan mengadaptasikan penggunaan kenderaan Hybrid seperti teknologi PHEV lebih diutamakan di Malaysia berbanding dengan teknologi 100% EV.

Apa pun, kita mengharapkan pihak Kerajaan dapat melihat, memandang jauh dan mengambil iktibar akan apa yang berlaku di China agar ianya tidak berlaku di Malaysia. Kita bukannya ada ruang untuk longgokkan kenderaan EV terpakai yang terbengkalai.

Apa padangan anda semua?

Admin SH
www.ehailing.fm

Kubur EV 3

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading