Syarikat ehailing terlibat perlu tampil keluar kenyataan segera kerana disaat sana-sini disuarakan supaya tindakan diambil segera terhadap apek yang sambil ketawa berdekah-dekah mempersenda agama Islam dan negara namun syarikat mana yang dimaksudkan masih menjadi teka-teki.
Setelah video tersebar serata ceruk negara adalah mustahil syarikat tersebut tidak menyedari applikasinya digunakan oleh apek tersebut. Adalah lebih baik syarikat ehailing tersebut mengambil tindakan awal seperti memecat serta-merta apek tersebut daripada terus menggunakan applikasi mereka.
Saya percaya apek tersebut sebelum ini telah melalukan hal yang serupa namun kali ini dia tidak bernasib baik kerana gelagatnya dirakam secara jelas oleh pengguna yang kemudian memviralkanya.
Tindakan berat perlu dikenakan kerana apek ini adalah umpama 'duta kecil' negara dan tindakan menyebarkan dakyah palsu amat memalukan apatah lagi disebarkan kepada pelancong asing yang tidak berapa memahami kehidupan di Malaysia.
Selain itu tindakan terhadap apek amat perlu supaya memberi isyarat kepada sesiapa sahaja selain apek yang berhajat atau berkelakuan seperti apek ini sedar bertapa penghinaan seperti ini amat tidak boleh diterima di negara kita.
#ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #freelancer #segim #hinaagamaislam