Petang semalam saya bersembang panjang dengan seorang yang berpengalaman luas di dalam industri teksi dan limo bergelar Dato.
Beliau cukup marah dengan isu terbaru ehailing yang melibatkan seorang pemandu ehailing 'apek' yang telah dengan selamba memutar belit berkenaan undang-undang negara termasuk melibatkan agama Islam di negara ini kepada pelancong asing.
Katanya pemandu ehailing sama seperti pemandu teksi dianggap sebagai duta kecil negara. Sepatutnya beliau mempromosikan negara dengan bercerita tentang perkara yang bermanfaat untuk negara seperti tempat-tempat menarik, bersejarah, makanan istimewa Malaysia, pakaian tradisional negara, flora dan fauna dan bermacam-macam lagi.
Apek tersebut bukan sahaja lari dari konsep sebenar duta kecil negara tetapi menabur cerita tidak benar terhadap negara dan agama Islam itu sendiri. Tindakan apek ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara.
Beliau berkata lagi adalah wajar kerajaan mewajibkan setiap pemandu ehailing berkursus setahun sekali dengan didikan daripada pengajar yang bertauliah dalam bidang pelancongan supaya isu seperti apa yang dilakukan oleh apek itu tidak berulang yang mana kesannya amat merugikan negara.
Diakhir perbualan beliau sempat menambah apakah apek tersebut tidak nampak bersepah kedai menjual arak di negara kita malahan dua kilang arak terbesar terletak di Lebuhraya Persekutuan.
Untuk berjudi pula bukan sahaja ada di Genting Highlands tetapi kedai nombor ekor terdapat segenap ceruk jalan di negara kita.
Kepada apek tersebut bukan sahaja minum arak tetapi jika ingin mandi dengan arak pun tiada siapa yang melarang asalkan bukan ketika memandu di jalanraya.
#arak #judi #apek #ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #freelancer