Like this:

Parti BERSAMA akan jadi kuasa ketiga
"Dari Rakyat Demi Rakyat" Shah Alam, malam tadi pelancaran parti baru yang diberi nama sebagai Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) diadakan di hadapan sekitar 200 orang tetamu. Presidennya En Danial bin Marnokaran Abdullah dalam ucapan penuh bersemangat menjelaskan visi dan misi parti BERSAMA lebih kepada menjadi kuasa pengimbang di dalam negara serta bersedia mencabar status quo parti politik tertentu dengan memberi peluang kepada generasi muda menceburi bidang politik. Selain itu En Danial juga telah muak dengan karenah kepimpinan negara dan parti yang sentiasa mencetuskan isu dari dulu sehingga mengganggu urusan pentadbiran negara. Menarik juga apabila hasrat menyertai pilihanraya pada masa hadapan diluahkan secara terbuka dan memberi isyarat bahawa BERSAMA sedia berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh kenamaan seperti Dato Dr Selvarajan Visvalingam, Dato Paduka Amin Novo, Dato Seri Manivannan Kusalan dan Dato Maneyvann Vellu. Rizal Adam Ehailing.fm 11.6.24

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading