Like this:

SEGiM tak jadi
Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM dibayangkan sebagai tidak direalisasikan oleh YB V Sivakumar Menteri Sumber Manusia.
Alasan yang diberikan oleh beliau ialah SEGiM akan bertindih dengan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi keEmpat Perindustrian Negara dan Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian.
Melihat kepada jawapan tersebut saya percaya beliau tidak faham hasrat penubuhan SEGiM itu sendiri walaupun beliau hadir pada Forum Kerangka Kerjaya GiG Malaysia tempohari di WTC Kuala Lumpur.
Sebagai info SEGiM dicadangkan penubuhannya adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan pertindihan yang melibatkan lebih dari 10 kementerian di dalam sektor ehailing dan phailing.
Sektor ehailing dan phailing adalah dua sektor yang paling teruk terkesan di dalam ekosistem gig ekonomi dan memerlukan sebuah badan kawal selia yang benar-benar berkesan untuk kedua-dua sektor tersebut dan jawapannya adalah penubuhan SEGiM.
Kewujudan SEGiM haruslah berada di atas karenah birokrasi antara kementerian termasuk segala majlis dan jawatankuasa yang dimaksudkan oleh YB V Sivakumar.
Tanpa SEGiM saya percaya majlis dan jawatankuasa yang dimaksudkan oleh beliau juga akan kaku kerana tidak dapat memasuki bidang kuasa kementerian lain seterusnya akan terus menyebabkan masalah yang melanda industri ehailing dan phailing berterusan sampai bila-bila.
YB Sivakumar diminta mengkaji semula hasrat untuk tidak merealisasikan SEGiM kerana ianya hanya akan menyebabkan ratusan ribu penggiat gig ekonomi di dalam ehailing dan phailing terus merana.
Terima kasih RA Ehailing.fm #segim #ksm #ehailing #phailing
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0yHmiwcfLa2VudsxEFMgx1EcZewUdJPLpUesWwWP3mvz7pH2TrMcTSWBMHe9osMrxl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading