Like this:

Sesi Perjumpaan Dengan Pengurusan FoodPanda

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin Pengerusi Sekretariat Komuniti GiG (SEGiM) dalam sidang media selepas mesyuarat bersama dengan kepimpinan Foodpanda di ibu negara petang tadi (27.6.24).

Selain jaminan pendapatan beberapa isu melibatkan pertembungan kepentingan diantara syarikat itu dengan penghantar juga diselesaikan dan akan diselesaikan di dalam waktu terdekat.

Antara lain ialah isu perluasan kawasan tugas penghantar, jarak pickup, jarak hantar sop tugas penghantar dan lain-lain lagi.

Sebelum itu kehadiran Datuk Seri Sharkar memberikan harapan cerah kepada penghantar dan petanda awal sudah dapat dilihat apabila pengurusan Foodpanda memberikan sambutan yang amat positif kali ini termasuk mengadakan perbincangan meja bulat untuk mendengar kehendak para penghantar yang disampaikan oleh Dato Seri Sharkar.

Turut mengiringi Dato Sharkar adalah kepimpinan Persatuan Penghantar Phailing Malaysia dan Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia.

Kehadiran hampir 200 penghantar kebanyakkannya dari Lembah Klang juga membuatkan kawasan himpunan aman bertukar kepada warna pink dan kejadian yang tidak diingini.

Terima kasih juga kepada anggota keselamatan seperti PDRM yang telah bersedia dari awal bagi menghadapi segala kemungkinan.

https://fb.watch/s_7_8cxVj7

#phailing#gig#pekerjabebas#freelancer#segim#kadarupah#foodpanda

Sidang Media Selepas Bertemu Foodpanda

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading