Like this:

PLUS Tambahbaik Kemudahan Tandas R&R

Plus Malaysia Berhad (PLUS) telah menyediakan dana sebanyak RM18 juta untuk melakukan peningkatan terhadap tandas awam di beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah, dan plaza tol terpilih sepanjang lebuh raya PLUS.

Dalam kenyataan rasmi, PLUS menyatakan bahawa kerja-kerja penambahbaikan tandas awam ini melibatkan 31 lokasi termasuk tujuh R&R, satu restoran jejantas, 12 hentian sebelah, dan 11 plaza tol terpilih sedang dijalankan dengan aktif.

"Kesemua kerja penambahbaikan tandas awam di lebuh raya PLUS dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat bermula akhir tahun ini hingga awal tahun depan.

"Di kawasan R&R terpilih, tandas awam telah dipertingkatkan dengan menambah bilangan tandas duduk dan dilengkapi dengan kubikel khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak, kubikel untuk keluarga, bilik menukar lampin bayi, kemudahan tempat mandi, serta landskap untuk pengudaraan dan pencahayaan semula jadi," jelas kenyataan itu.

Bagi memastikan keselesaan pengguna lebuh raya berkekalan sepanjang tempoh kerja penambahbaikan, kemudahan tandas sementara telah disediakan.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh meneruskan perjalanan ke R&R dan hentian sebelah berikutnya untuk menggunakan tandas awam yang masih beroperasi seperti biasa.

Sejauh ini, kerja penambahbaikan tandas awam di 11 lokasi sepanjang lebuh raya PLUS telah siap lebih awal dan sudah boleh digunakan.

Tandas RnR

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading