Aplikasi sebuah syarikat penyedia perkhidmatan Industri Gig dari luar negara yang telah merentasi ke sektor perkhidmatan yang lain.
Pada awal kemunculan syarikat ini di Malaysia, aplikasi ini hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang (E-Hailing), dan model operasi syarikat ini adalah secara tawar menawar (bidding), yang tidak pernah dibenarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT). Selepas daripada itu, syarikat ini juga telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan barangan (P-Hailing).
Persoalannya disini, apakah selepas ini sektor-sektor perkhidmatan yang lain yang ditawarkan melalui aplikasi ini juga akan mengalami nasib yang sama seperti Sektor E-Hailing dan P-Hailing ?
Justeru, adalah tepat keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), dan diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengawalselia Industri Gig di Malaysia agar industri ini terus kekal relevan di Malaysia.