Itulah lumrah berkenderaan di Malaysia. Ada banyak punca dan sebab kenapa jalan mengalami kesesakan (jem). Antara yang utama adalah disebabkan keadaan permukaan jalan di Malaysia yang setaraf negara mundur tahap paling kuno.
Itu belum masuk lagi kalau ada sekatan jalan raya... dari 3 lorong memang akan jadi 1 lorong. Hanya kerana anggota penguatkuasa nak semak satu-satu kenderaan. Kalau kenderaan anda berjenama dan bermodel murah, pastinya akan kena tahan dan semak serta tanya macam-macam soalan.
Tapi kalau kenderaan anda adalah mewah dan bernombor plet 1 atau 2 angka, pastinya anda akan dilepaskan tanpa banyak soal. Ini realiti di Malaysia.
Dan kalau anda adalah pemandu e-hailing dan p-hailing, maka bersedialah untuk kerap ditahan dan disemak bagai.
Jadi, bertabahlah...