Laporan Insiden: BBP Kuala Lipis 04.08.2024 0925 hrs.
Insiden: Mangsa Dihempap Pokok, Beriang Kechau, Lipis.
Setibanya di lokasi yang hanya boleh dinaiki oleh kenderaan pacuan 4 roda , didapati dua mangsa lelaki dewasa cedera telah dihempap pokok semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
Tindakan awal oleh unit EMRS Bomba termasuk menghentikan pendarahan dan memasang splint sebelum ketibaan pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lipis. Kedua-dua mangsa seterusnya dibawa keluar menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dan kemudiannya dihantar ke hospital menaiki ambulans EMRS Bomba serta ambulans Hospital Kuala Lipis.
Terima kasih kepada penduduk kampung dan agensi penyelamat daerah yang terlibat.