Saya sangat terkejut apabila mengetahui lebih kurang 10000 pemandu ehailing tidak disediakan EVP oleh syarikat ehailing untuk beroperasi sebagai kereta ehailing.
Lebih mengejutkan apabila keengkaran EVP ini dilakukan oleh 5 syarikat teratas ehailing.
Maka tepat sekali Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM dipercepatkan kerana syarikat ehailing terutama syarikat luar negara ini sepertinya bermaharaja lela beroperasi di negara kita.
Sebaik sahaja SEGiM memulakan langkah pertama nanti saya akan pastikan syarikat ehailing luar negara yang tidak patuh undang-undang ini segera diusir keluar dari negara kerana jaminan keselamatan terhadap pengguna amat longgar kerana perkara basiv seperti EVP ini diabaikan.
Kepada para pemandu tanggungjawab anda adalah untuk bertanya tentang EVP dengan syarikat ehailing yang anda beroperasi kerana sekiranya mereka gagal menyediakan EVP maka anda perlu segera melaporkan kepada pihak berwajib supaya tindakan dapat dilakukan kepada syarikat ini.
Sebagai info beroperasi tanpa EVP syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 juga penjara.. manakala pemandu pula kereta mereka boleh disita, denda sehingga RM10,000.00 dan juga penjara.
Terima kasih
Rizal Adam