Like this:

Kunjungan Hormat GTSM Ke JPJ

Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia atau dikenali sebagai Gabungan Teksi Malaysia - GTSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Jana Santhiran KSU Kementerian Pengangkutan yang telah memanggil kami untuk berbincang dengan pihak Toyota berkaitan cadangan kami melaksanakan penjenamaan teksi bagi memberi nafas baharu kepada industri teksi Negara.

Selain daripada itu, kami turut diberi peluang jumpa dan berbincang dengan Tuan Muhammad Kifli Bin Ma Hassan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ berkaitan aktiviti ulat dan kereta sapu.

Aktiviti ulat dan kereta sapu menjadi semakin parah setelah Kerajaan terdahulu membenarkan kenderaan-kenderaan persendirian beroperasi mengambil dan menghantar penumpang dengan syarat menggunakan aplikasi eHailing.

Peluang tersebut telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pemilik-pemilik kenderaan persendirian yang tidak bertanggungjawab dan warga asing untuk beroperasi secara haram mengambil dan menghantar penumpang.

Keadaan tersebut bukan sahaja tidak menyumbang sebarang keberhasilan kepada negara, malah turut menjejaskan pendapatan hakiki kami, sudahlah selama ini pendapatan kami terpaksa dikongsikan bersama rakan-rakan pemandu eHailing, kini ulat dan kereta sapu merompak mata pencarian kami.

Selain daripada itu, dari maklumat yang kami terima daripada rakan-rakan kami di Kuala Lumpur, kami difahamkan kegiatan kereta sapu warga asing didalangi oleh beberapa syarikat-syarikat yang beroperasi di Bukit Bintang.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Kifli yang telah menzahirkan kesungguhan beliau untuk membenteras aktiviti kereta sapu l.

Satu talian khas telah disediakan kepada kami untuk kami salurkan maklumat-maklumat berkaitan aktiviti kereta sapu untuk tindakan segera.

Kami menyokong penuh tindakan JPJ untuk melaksanakan tindakan undang-undang dibawah Akta 715 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyita dan melucut hak kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan aktiviti ulat dan kereta sapu.

Kami yakin sekiranya JPJ benar-benar melaksanakan Akta 715 dan melucut hak pemilikan kenderaan, aktiviti tersebut dapat diakhiri.

Kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan Tahniah kepada JPJ Putrajaya khususnya Tuan Kifli di atas operasi yang telah dijalankan baru-baru di Langkawi, kami difahamkan sehingga ke hari ini terdapat beberapa kenderaan kereta sapu yang sita masih disimpan di depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Kami ingin berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati melakukan aktiviti kereta sapu, kerana selepas ini video anda akan disalurkan terus kepada JPJ, jika dahulu JPJ hanya mempunyai Akta 333, tetapi kini dengan Akta 715, anda bakal kehilangan hak pemilikan kenderaan yang anda guna sebagai kereta sapu.

KAMARUDIN HUSSAIN

YDP Gabungan Teksi Malaysia

09/08/2024

Gtsm 02 Jpj

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading