Perkembangan GV Ride
Semalam semasa menyaksikan perlawanan kriket di ibukota Kuala Lumpur saya mengambil kesempatan bersembang panjang dengan seorang pempengaruh media sosial warga Bangladesh bernama En Nizam.
Beliau memberi bayangan akan menarik seramai mungkin warga Bangladesh yang berada di Malaysia untuk menggunakan applikasi GV Ride sebaik sahaja syarikat ehailing tempatan itu mengisytiharkan memulakan perkhidmatan ehailing di Malaysia.
Keyakinan beliau itu disuarakan apabila saya menunjukkan cara penggunaan applikasi Gv Ride dan ayat pertama yang beliau katakan ialah "bagussss".
Sementara itu GV Ride terus berada di jalur yang betul apabila langkah yang mereka susun terus selesai satu persatu dan dijangka bulan hadapan akan meneroboskan semua applikasi ehailing di negara kita.
Ehailing.fm akan terus mengikuti rapat perkembangan GV Ride kerana kami yakin GV Ride mempunyai kekuatan dari segenap sudut untuk mendepani cabaran ehailing termasuk untuk melepasi tembok hijau tua dan hijau muda..
Terima kasih
RA Ehailing.fm
#gvride#ehailing#phailing#gig#teksi#segim#pekerjabebas#tambangmurah