PENGUMUMAN : EDARAN POTRET RASMI YDP AGONG & RAJA PERMAISURI AGONG
Jabatan Penerangan WPKLP kini telah mula mengedarkan potret rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah untuk dipamer di semua premis Kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta edaran kepada orang ramai.
Orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh dapatkan potret rasmi tersebut secara PERCUMA pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang) di :
Jabatan Penerangan WPKLP
Tingkat 7 (Barat), Wisma FGV
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Bagi keterangan lanjut, tuan/puan boleh hubungi talian 03-2691 2500.