Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih atas semua jemputan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada saya untuk mengadakan ceramah, bengkel, sesi perbincangan dll.
Cuma saya dengan rendah hati ingin mohon jasa baik semua pihak untuk TIDAK menunggu hingga saat-saat terakhir sebelum memaklumkan bahawa acara telah dibatalkan atau ditunda.
Saya faham, ada kalanya perubahan terpaksa dilakukan atas pelbagai sebab namun setidaknya, beritahulah beberapa hari lebih awal, sebaiknya 1~2 minggu lebih awal.
Contohnya pada pagi ini saya sepatutnya memberikan ceramah kepada satu organisasi. Nasib baik saya tergerak nak check email malam tadi, baru perasan acara esok telah dibatalkan dan ditunda ke tarikh lain. Tak ada sesiapa yang telefon, tak ada sesiapa yang hantar WhatsApp, terus hantar email...haih.....
Saya yakin semua penceramah/pengajar di negara ini mempunyai kerja lain dan bukan hanya menunggu di rumah untuk dijemput memberikan ceramah.
Adakah anda tahu, setelah surat rasmi dikeluarkan atau telah ada persetujuan rasmi untuk tarikh acara tertentu, kami akan khususkan tarikh tersebut untuk anda. Malah jemputan-jemputan lain semuanya ditolak untuk anda memandangkan anda yang menjemput dahulu.
Dan tahukah anda, untuk sampaikan ceramah atau mengajar bengkel anda, kami terpaksa sediakan modul latihan dan sebagainya. Ada kalanya saya terpaksa habiskan beberapa hari (ada kalanya berminggu) untuk sediakan bahan tersebut untuk anda.
Luahan Encik Aidil Hidayat (Pendakwah Teknologi @ https://www.facebook.com/pendakwahteknologi)