Like this:

Ambulan Hantu?

Pergh... Gila betul la...

13 tahun beroperasi bawak pesakit ke Hospital... tapi Ambulan tiada Cukai Jalan dan Insuran yang sah... Dah mati sejak 2010.

AMBULAN DISITA, LKM TAMAT TEMPOH LEBIH 10 TAHUN

PERAK, 28 November 2023, Anggota Penguatkuasa dari Unit FALCON Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Perak diketuai KPP Mohd Anuar Bin Abd Hashim bersama PP Mohd Fahmi Bin Hassim telah membuat rondaan di Jalan Tun Abd Razak, Ipoh.

Sebuah ambulan telah ditahan dan hasil semakan melalui Smart Enforcement Device (SmED) JPJ, mendapati LKM telah tamat tempoh dan tiada pelindungan insurans.

Semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang pesakit di dalam ambulan tersebut untuk dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Anggota JPJ mengarahkan ambulan tersebut menghantar pesakit ke hospital terlebih dahulu dan seterusnya membawa ambulan tersebut ke JPJ Negeri Perak untuk pemeriksaan lanjut.

Kenderaan ini telah diambil tindakan sita dibawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan mengeluarkan notis JPJ(P)22 atas kesalahan:

1. LKM tamat Tempoh ( 5/3/2010)

2. Tiada Pelindungan Insurans (5/3/2010)

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melaui aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Ambulan Antoo
Ambulan Hantu

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading