Remaja perempuan 16 tahun dilapor hilang sejak semalam
ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilapor hilang sejak semalam selepas keluar dari rumah keluarga di Kampung Cegar, Seberang Pantai Johor di sini.
Siti Nur Fatin Syamira Abdullah yang masih bersekolah di tingkatan empat disedari tiada di rumah oleh ibu tirinya yang berusia 32 tahun pada 11.30 malam.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan remaja terbabit selepas diberitahu yang anak tirinya itu mungkin berada di Pulau Pinang. Remaja berkenaan berketinggian 148 sentimeter (sm), berbadan kurus dengan berat 45 kilogram.
Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Nur Azirah Arzemi di talian 04-7747222 sambungan 7203.