Like this:

DBKL laksana OPERASI HALANG bersama pelbagai AGENSI

DBKL LAKSANA OPERASI HALANG BERSAMA AGENSI

Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 (Sabtu) - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar melaksanakan Operasi Bersepadu (Operasi Halang) di sekitar parlimen Bukit Bintang.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 220 notis telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta 8 tindakan tunda dan 11 tindakan sita di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 telah dilaksanakan semasa operasi dijalankan.

Kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi. Manakala bagi kenderaan yang dikenakan tindakan tunda telah dibawa ke depoh simpanan kenderaan ditunda, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.

Dbkl Lancar Ops Halang 01
Dbkl Lancar Ops Halang 02
Dbkl Lancar Ops Halang 03
Dbkl Lancar Ops Halang 04
Dbkl Lancar Ops Halang 05
Dbkl Lancar Ops Halang 06
Dbkl Lancar Ops Halang 07

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading