Like this:

GTSB buat laporan Polis terhadap ucapan TS Muhyiddin Yassin

Kami dari gabungan teksi kereta sewa limosin dan teksi lapangan terbang semalaysia - GTSM hadir hari ini balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk membuat satu laporan polis terhadap yang berhormat Tan Seri Muhyiddin Yassin di atas satu kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab serta memfitnah KDYMM SPD Yang Dipertuan Agong dahulu di dalam ceramah beliau ketika berkempen di PRK Dun Nenggiri Gua Musang Kelantan.

Di dalam rakaman video Tiktok tersebut kami mendapati mantan Perdana Menteri yang berhormat Tan Seri Muhyiddin Yassin telah menyebut KDYMM SPD Yang Dipertuan Agong dahulu dari negeri Pahang tidak menjemput beliau ke istana negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke sepuluh, beliau mendakwa pada masa itu beliau telah mempunyai 115 SD ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam video berkenaan beliau dengan sinis mendakwa dan memanipulasikan fakta serta memainkan neratif negatif mengambarkan kepada rakyat seolah-olah KDYMM SPD YDPA tidak berlaku adil dan telah gagal menghormati perlembagaan persekutuan kerana mengenepikan 115 SD dari ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ketika membuat perlantikan Perdana Menteri.

Kami mendapati kenyataan yang dibuat oleh yang berhormat tan Seri Muhyiddin Yassin dalam ceramah beliau di PRK dun Nenggiri sangat bahaya.

Kenyataan beliau sangat jelas mempunyai unsur-unsur menghasut dan fitnah yang mampu menghilangkan kepercayaan rakyat kepada institusi Raja-Raja Melayu serta berupaya memecahbelahkan kesepaduan rakyat.

Kami tidak faham kenapa beliau masih cuba menghasut rakyat supaya hilang kepercayaan terhadap institusi raja-raja melayu, sedangkan beliau sendiri berada di dalam kerajaan sewaktu akta anti lompat parti itu diwujudkan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab beliau perlu diambil tindakan tegas. jika tidak rakyat khususnya pihak pembangkang akan semakin berani mainkan isu 3R dan sekaligus akan menyebabkan rakyat tidak lagi menghormati institusi raja-raja melayu.

Kamarudin bin Mohd Hussain
YDP Gabungan Teksi Malaysia

Gtsb Kecam Muhyiddin Yasin

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading