Like this:

400 Mangsa Scam FOREX bernilai RM100 juta

400 mangsa disyaki ditipu sebanyak RM100 juta dalam satu skim pelaburan mata wang forex hari ini tampil pada satu sidang media oleh Malaysia International Humanitarian Organisation MHO di Subang Jaya petang tadi.

Setiausaha Agung MHO Dato Hishamuddin menyatakan anggaran jumlah mangsa sebenar adalah 3000 orang namun hanya 400 yang tampil membuat laporan polis dan memohon bantuan MHO untuk membantu mereka.

3 dalang dipercayai memainkan peranan masing-masing untuk memperdaya mangsa-mangsa dengan mendakwa syarikat mereka beroperasi dari Indonesia dan UAE dengan tujuan untuk mengelirukan mangsa dan mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun menurut Dato Hishamuddin 3 dalang tersebut tersilap jika mengangap mereka boleh terlepas begitu sahaja kerana Malaysia mempunyai perjanjian dengan 180 negara dan 3 dalang tersebut boleh dibawa pulang ke Malaysia dan diadili menurut undang-undang negara kita.

Selain itu Dato Hishamuddin juga membayangkan akan membawa mangsa-mangsa tersebut ke Bank Negara pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian untuk membuat laporan mengenai salah laku 3 dalang tersebut.

Selain dari Bank Negara Dato Hishamuddin juga berharap agar pihak polis membuka kertas siasatan terhadap loporan polis yang dibuat oleh semua mangsa.

400 Mangsa Scam Forex Sidang Akhbar 2

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading