Like this:

Samun Warga Emas – Polis buru lelaki bernama Palla

Samun warga emas sedang bersenam, polis buru lelaki bernama Palla

POLIS kini memburu M. Nimela @ Palla yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun warga emas di kawasan perumahan Taman Mewah Baru 1, Klang pada 8 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa seorang perempuan tempatan berusia 67 tahun telah keluar dari rumah untuk bersenam.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis tidak pasti berwarna biru telah berhenti di belakang mangsa secara tiba-tiba.

“Suspek seorang lelaki telah keluar dari kereta lalu menarik rantai leher mangsa.

“Suspek seterusnya melarikan diri menggunakan kenderaan yang sama dipercayai bersama seorang lagi suspek yang memandu kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan luka di dada dan siku kiri.

Malah, mangsa juga mengalami kerugian kehilangan rantai leher bernilai RM3,000.

“Pada 16 Ogos, polis telah membuat tangkapan terhadap dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Melalui tangkapan tersebut, polis telah mengenal pasti seorang lagi suspek berusia 32 tahun yang turut terlibat dalam kes ini dan masih bebas,” ujarnya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menyalurkan di talian 03-33762222.

Samun Warga Emas Siaran Media
Samun Warga Emas Siaran Media 2

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading