Like this:

Mayat mangsa ketiga perahu karam di Sungai Kayan, Lundu ditemui.

MAYAT MANGSA KETIGA PERAHU KARAM DI SELAMPIT LUNDU DITEMUKAN TERAPUNG

Lundu, 22 Ogos - Mayat terakhir mangsa yang dilaporkan hilang di Sungai Kayan Kampung Selampit Lundu ditemui pada pukul 6.38 minit pagi tadi.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii, mayat mangsa remaja perempuan itu dikenali sebagai Alasma Jithil telah dijumpai oleh penduduk kampung.

Dedahnya, mayat mangsa berusia 14 tahun itu dijumpai terapung 100 meter di hulu sungai dari tempat kejadian kemudian diserahkan kepada pihak Sarawak Coastguard.

Mangsa merupakan antara yang terkorban dalam kejadian perahu karam yang membawa 20 penumpang menyeberang sungai tersebut sekitar pukul 6.10 pagi Isnin lepas.

Tiga remaja yang terkorban dalam kejadian itu dikenali sebagai Vilkie Wilson remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang remaja perempuan 17 tahun dikenali sebagai Helena Fasha Petrus serta Alasma Jithil 14 tahun

Mayat Mangsa Perahu Karam Di Lundu

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading