Like this:

Remaja 13 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Melakukan Rompakan Bersenjata

Sungai Petani: Remaja lelaki 13 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan cuba merompak pemandu e-hailing warga emas, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba merompak Lee Ang Hie, 65, di kawasan tepi jalan Taman Keladi di sini, kira-kira jam 6 petang 27 November lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Duratul Ain Mahmud Morshidi mewakili remaja itu.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam serta serahan dokumen.

Mengaku Tak Bersalah

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading