Like this:

Rider P-Hailing Bawa Kad Kuasa Polis Palsu Ditahan

Seorang penghantar makanan telah didapati memiliki kad kuasa polis yang dibuat sendiri. Tindakan ini membawa padah apabila beliau telah ditahan di Jalan Lorong Sabah Taman Melawati, Ampang, Selangor dekat sini, pada pagi Sabtu 3 November 2023.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan kira-kira jam 11.15 pagi yang kemudiannya bertindak menahan suspek dan melakukan pemeriksaan terhadapnya.

Pemeriksaan dilakukan menemui satu dompet berwarna hitam mengandungi sekeping kad kuasa polis warna kuning dan biru tertera tulisan Polis Diraja Malaysia yang dikenalpasti adalah palsu. Suspek juga gagal menyatakan alasan memiliki kad berkenaan.

Semakan yang dijalankan kemudiannya telah mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah, manakala ujian air kencing didapati negatif dadah. Suspek kemudiannya diberkas dan direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Kad Kuasa Polis

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading