Like this:

Prof Solehah – Khadijah Dari Alam Melayu?

KHADIJAH DARI ALAM MELAYU?

Saya tidak pernah menyebut Khadijah berasal dari Tanah Melayu.

Tajuk video 'Khadijah al-Khuwailid adalah dari alam melayu' hanya dibuat oleh individu yang cut atau potong sebahagian daripada video ceramah saya. Saya cuma membuka persoalan minta para pendengar berfikir, sebelum ni pun dah banyak perkara yang saya lontarkan dipandang hina oleh sebahagian netizen seperti perkataan Calah, pedang nabi, Keturah tapi apabila saya mendatangkan data-data ilmiah mereka terdiam dan bersetuju.

Adapun Saiditina Khadijah isteri baginda Rasulullah saw ini saya tidak mengatakan baginda dari Alam Melayu, cuma beberapa catatan menyebut Alam Melayu pernah membantu memberi emas kepada tanah hijaz. Peristiwa ini sudah lama berlaku semenjak zaman nabi Ibrahim as lagi.

Bagi mereka yang kurang menelaah atau tidak pernah tahu beberapa catatan klasik mengaitkan peranan orang melayu yg cukup besar di bumi arab.

Nasihat saya kita jangan cepat melatah terhadap maklumat yang pelik di telinga kita, kemungkinan kita pun kurang mengkaji dan menelaah. Terima kasih atas pandangan.

Prof Solehah

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading