Like this:

Kes Kematian Dr Shintumathi Jadi Pelik

SIARAN MEDIA
4 September 2024

Presiden Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. KalaiVanar

KEMATIAN MENCURIGAKAN DR. SHINTUMATHI A/P MUTUSAMY: SATU KONSPIRASI TERANCANG?

KUALA LUMPUR: Dr. Shintumathi A/P Mutusamy, seorang doktor yang berdedikasi dan disayangi keluarga, telah meninggal dunia pada 8 Oktober 2023 di kediamannya di Unit 16-23 High Park Suite, Jalan SS 6/7, Kelana Jaya, Selangor. Pihak polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai “mati mengejut,” namun keluarga mendiang percaya terdapat konspirasi yang menyebabkan mendiang dibunuh.

Mendiang, seorang doktor yang berani dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri sendiri, mengendalikan Poliklinik Vista di Petaling Jaya bersama rakan kongsinya, Dr. Prakash Kumar A/L Jayapalan. Hubungan antara mendiang dan Dr. Prakash dipercayai lebih dari sekadar rakan kongsi, di mana Dr. Prakash didakwa adalah teman lelaki mendiang walaupun beliau sudah berkahwin.

Menurut ibu mendiang, Vijaya Letchimi, dan kakak mendiang, Revathi A/P Mutusamy, mereka percaya bahawa mendiang pernah menjalani pengguguran hasil hubungan dengan Dr. Prakash, yang mungkin diketahui oleh isteri Dr. Prakash. Beberapa bukti juga menunjukkan Dr. Prakash sering menemani mendiang, termasuk kali terakhir pada 5 Oktober 2023, sebelum mendiang ditemui mati.

Kronologi Kes dan Kecurigaan:
Mendiang dilaporkan dalam keadaan sedih dan lemah pada 5 Oktober 2023, kali terakhir kelihatan dalam rakaman CCTV lif menuju ke kediamannya. Pada 6 Oktober, mendiang cuba menghubungi seorang individu yang dikenali, tetapi gagal dihubungi.

Dr. Prakash tidak membuat sebarang laporan polis atau memaklumkan keluarga mendiang setelah mendiang tidak hadir ke klinik pada 6 Oktober 2023. Laporan polis hanya dibuat pada 8 Oktober 2023 oleh Dr. Prakash, di mana beliau menyatakan kemungkinan mendiang telah meninggal dunia, menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh membuat ramalan tersebut.

Pihak keluarga juga mencurigai tindakan pihak polis yang lambat memaklumkan kematian kepada mereka, hanya dilakukan pada 10 Oktober 2023, dua hari selepas laporan polis dibuat.

Dalam siasatan awal, seorang pegawai polis, Sjn Nazaruddin, memaklumkan bahawa mendiang ditemui mati dengan plastik sepanjang 22 cm disumbat ke dalam mulutnya. Mendiang juga ditemui berlumuran darah di katilnya.

Tiada tindakan forensik yang lengkap dilakukan di tempat kejadian, seperti pengumpulan bukti-bukti penting dan analisis DNA dari tilam berlumuran darah yang ditemui.

Laporan post-mortem asal yang menyatakan punca kematian sebagai "Inhalation Asphyxia by Compressed Gas" didapati tidak lengkap, dan terdapat kesilapan dalam penandatanganan sijil kematian.

Pegawai penyiasat dan pakar patologi mencadangkan satu persidangan untuk membincangkan penemuan kes ini, namun persidangan tersebut dibatalkan atas arahan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, menimbulkan lebih banyak persoalan.

Rayuan dan Tindakan Lanjut:
Sebanyak 18 laporan polis telah dibuat oleh keluarga mendiang, yang percaya kematian Dr. Shintumathi adalah satu pembunuhan terancang dan bukannya kematian mengejut. Oleh itu, Dato' Dr. KalaiVanar, Presiden Nambikkai Malaysia, menyeru agar YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara dapat menyarankan siasatan semula dengan penuh teliti dan mendalam. Pihak berkuasa diminta untuk menangkap suspek yang dipercayai, Dr. Prakash Kumar A/L Jayapalan, untuk membantu siasatan lanjut bagi memastikan keadilan bagi mendiang Dr. Shintumathi dan keluarga.

Seraham Kes Dr. Shintumathi 02
Seraham Kes Dr. Shintumathi 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading