BETUL KE SAYA JUAL LOT LIDI TAK DAPAT GERAN ???
Dan betul ke saya ni Scammer ???
Meh sini saya berkongsi cerita...
Beberapa hari ini saya sibuk ke sana sini bertemu pembeli pembeli tanah lot saya.
Saya ucapkan terima kasih kepada puan Hani dari Johor yang beli tanah DUA LOT siap geran dan saya sertakan terus Borang PindahMilik.
Kami jumpa di sebuah kedai makan dalam Mall dan serah geran kerana pembeli ini bercadang untuk ke Pejabat Tanah pada hari berikutnya bagi tujuan PindahMilik kepada pembeli.
Ramai pembeli bagitau saya, mereka mengikuti perkembangan saya di laman sosial dan tahu bagaimana saya ' diserang ' oleh haters hater di lan sosial. Tapi Alhamdulillah, mereka percaya dengan saya dan terus memberikan sokongan kepada saya.
Puan Hani ini beli tanah dari saya dan saya terus SERAHKAN DUA KEPING GERAN TANAH BERSERTA BORANG PINDAHMILIK kepada beliau.
Jelas dan clear, tiada yang terselindung.
Dulu haters dan fake fake akaun serta pesaing duk canang di laman sosial kononnya saya ni jual tanah lot lidi atau lot bunian dan tanah pun tidak wujud.
Habis tu kalau dah siap geran macam ni nak pangil tanah lot apa ya ???
Betul tak kalau saya kata kepada haters dan pesaing yang duk buruk burukkan saya di laman sosial dengan siap upah page page jahat supaya hentam saya, bahawa kamu sebenarnya :
1- korang hasad dengki kan tengok aset aset saya tak habis habis dijual dan dapat sambutan mengalakkan ???
2- korang ( baca : pesaing dan haters ) rasa saya ni sebagai saingan yang boleh menjejaskan kalian kan ???
3- korang ( baca : pesaing dan haters ) sakit hati tengok saya pakai helikopter ke sana sini tengok tanah kan sedangkan korang mungkin naik kereta ???
4- korang ( baca : pesaing dan haters ) rasa marah kan tengok saya jual tanah murah murah untuk membantu pembeli kan sedangkan korang jual mahal sebab nak kaut untung lebih kan ???
Mai sini saya nak cakap supaya korang faham!
Pertamanya , tak perlu hasad dengki kerana rezeki masing masing Allah SWT dah tentukan sejak azali lagi sebagaimana Allah dah tulis siap ajal maut dan jodoh pertemuan. Tinggal lagi, kita doa yang terbaik dan uruskan sebaiknya hidup kita semampunya kita saja.
Kedua, tak perlu anggap sesiapa sebagai pesaing kita. Sebaliknya, kita bersaing dengan diri kita sendiri untuk memperbaiki pencapaian kita dari masa ke semasa. Bersaing dengan orang lain, bila tewas maka kita terasa sakit hati. Tapi bersaing dengan diri sendiri, bagus. Ini kerana kalau kita ' menang ' , kita bersyukur. Tapi kalau kita ' kalah ' , kita dapat bersabar.
Ketiga, terima hakikat bahawa kemampuan
yang Allah berikan kepada kita berbeza beza. Allah Maha adil kepada setiap hamba dan makhlukNya. Ada orang Allah beri mampu bergerak melalui udara, ada pula orang pula Allah beri mahir belayar di lautan. Jadi, masing masing Allah beri kelebihan atau kemampuan , kita manfaatkan je apa kelebihan kita tanpa perlu iri hati dengan kelebihan orang lain.
Keempat, kita berbakti dengan cara masing masing. Dalam bisnes kita orang Islam yang percaya kehidupan di akhirat, keuntungan bukanlah dalam bentuk wang ringgit semata mata. Kita perlu lihat ' keuntungan ' dalam bentuk pahala di akhirat nanti. Saya jual murah tanah tanah saya dengan niat membantu orang orang miskin atau kurang kemampuan miliki tanah sendiri, sesama bangsa Melayu pulak tu. Jadi apa salahnya ??? Bagus lah tu boleh banru masyarakat kita kan.
Last sekali saya nak ingatkan pada diri saya serta para pesaing dan juga haters, buanglah segala sifat dengki serta iri hati terhadap pencapaian orang lain. Kita ' berlari dalam trek ' kita sendiri. Tak perlu kita masuk dalam garisan orang lain, baru hati jadi tenang dan hidup pun harmoni.
Lagi satu, bergantung harap hanya pada Allah saja, bukan manusia atau makhluk. Manusia atau makhluk sebagai wasilah atau asbab mahupun ' perantaraan ' saja. Hakikatnya, Allah jua lah yang Maha mengatur serta menentukan segalanya.
InsyaAllah kalau kita faham hakikat serta konsep ini, kita mampu berjaya. Ingat ya, kejayaan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi kejayaan ada di sepanjang jalan. Yang penting, jalan biar punya tujuan!