Like this:

Benarkah Kicap Kipas Udang HABHAL itu buatan Cina?

(1945) HABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif. Beliau adalah satu-satunya saudagar kicap di Nusantara ketika zamannya. Haji Ahmad lahir di Tengkera, Melaka pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura.

Pada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang. Maka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di rumahnya di Jalan Mangga, Kampong Ubi. Selepas Haji Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa’adiah binte Buyong.

Pada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda, Kampung Melayu Majidee, Johor di bawah syarikat Jalil Enterprise. Pada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana, Johor Bahru sehinggalah ke hari ini.

Begitulah sekilas sejarah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL yang juga merupakan bapa kepada pelawak tersohor awal tahun 1960 hingga 1980-an di Singapura, ‘Mahmood Kicap’.

Habhal 02
Habhal 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading