Khemah MyCar yang terletak di sebelah kiri Laman Ketibaan dikunjungi tanpa putus oleh pengunjung seterusnya mereka mendaftar di applikasi MyCar.
Dato Noor Sheena CEO MyCar berkata penyertaan MyCar pada MAHA 2024 ini merupakan kali ke 3 yang disertai oleh MyCar dan pada kali ini MyCar menambah seri lagi iaitu menyediakan cabutan bertuah yang merupakan sebuah motorsikal Honda 125 kepada pengguna MyCar yang akan diumumkan pada penghujung MAHA 2024 nanti.
Selain dari tarikan cabutan bertuah sebuah motorsikal MyCar juga menyediakan lebih 100 balang air minuman percuma setiap hari dan 800 ribu kipas percuma kepada para pengunjung MAHA 2024
Bagi perkhidmatan ehailing pula MyCar merupakan kenderaan ehailing rasmi dan para pengunjung tidak perlu risau dengan keupayaan MyCar yang telah bersedia dari awal untuk memberikan perkhidmatan ehailing terbaik sepertimana MAHA sebelum ini.
MAHA 2024 yang bermula pada 11.9.24 hingga 22.9.24 telah menarik ratusan ribu pengunjung untuk setakat ini dan dijangka bakal berlipat kali ganda menjelang cuti minggu selain serta musim cuti sekolah.
Sementara itu Dato Noor Sheena dan team MyCar akan terus turun padang untuk mempromosikan MyCar dan yang terbaru akan ke Sarawak pula selepas ini dan kemudian ke Kedah Darul Aman.
Pada bulan September ini MyCar terlibat secara langsung dengan dua program besar berskala tinggi iaitu selain MAHA 2024 dan Selangor Aviation Show SAS yang berakhir semalam di Skypark Subang.
Dato Noor Sheena diakhir pertemuan juga sempat menjemput anda semua untuk datang ke MAHA 2024 dan kepada yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ehailing anda disaran memuatnaik applikasi MyCar di link di bawah.
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mycarasia.user
Apple: https://apps.apple.com/my/app/mycar-passenger/id6459830311
MyCar adalah sebuah applikasi ehailing tempatan yang wajar disokong sepenuhnya kerana jika bukan anda siapa lagi yang boleh diharap untuk memberi sokongan kepada produk tempatan.
Terima kasih
RA Ehailing.fm