Sebuah kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan berlaku di Kampung Juang, Simpang Pulai, Perak.
JBPM Negeri Perak menerima panggilan pada jam 4.40 pagi sebelum menggerakkan pasukan Bomba daripada BBP Simpang Pulai ke lokasi kejadian sebaik dihubungi bersama 7 orang anggota dengan menaiki jentera FRT.
Menurut PBK II TBK Mohd Zabidi bin Ramli selaku Komander Operasi, terdapat seorang lelaki dewasa iaitu pemandu kereta berkenaan telah tersepit di ruangan pemandu dalam kenderaan itu. Mangsa yang berusia 37 tahun itu disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan KKM.