Like this:

YDP Agong titahkan Polis lakukan siasatan menyeluruh isu GISBH

SULTAN IBRAHIM TITAH POLIS JALANKAN SIASATAN MENYELURUH BERKAITAN ISU RUMAH AMAL DIKAITKAN DENGAN GISBH

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Sultan Ibrahim, bertitah Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

Seri Paduka Baginda, bertitah perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Justeru Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office pada hari ini (17 September).

Ydpa

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading