Like this:

Mat Sabu lawat booth MyCar di MAHA 2024

Hari ke 9 MAHA 2024 menyaksikan MyCar terus meriah dengan pelbagai acara sampingan yang diaturkan.

Kehadiran Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan YB Dato Seri Haji Mohamad Sabu melengkapkan acara cabutan bertuah kepada pengunjung yang memuatnaik applikasi MyCar.

Sebelum itu CEO MyCar Dato Noor Sheena sempat mengeluarkan satu kenyataan iaitu hubungan MyCar dan MAHA amat unik dan kerana itu MyCar telah 4 kali berturut-turut menyertai MAHA.

Menurutnya lagi beliau akan terus berjuang untuk mengangkat MyCar iaitu sebuah syarikat ehailing tempatan hingga menjadi syarikat nombor satu di negara ini.

Dato Noor Sheena juga memberi jaminan bahawa MyCar akan terus komited untuk menjaga kebajikan pemandu mereka dan sijil khas daripada MyCar dianugerahkan kepada para pemandu MyCar.

Semalam khemah MyCar menghadirkan debaran kepada ribuan pengunjung terutama pada saat YB Mohamad Sabu menekan butang cabutan bertuah untuk mencari pemenang sebuah motorsikal yang disediakan oleh MyCar.

Setelah 2 percubaan dilakukan oleh YB Mohamad Sabu gagal kerana peserta telah pulang ke rumah tuah menanti Pn Nurfitriana Rahim dari Setia Alam apabila nama beliau diumumkan sebagai pemenang seterusnya.

Pada MAHA kali ini Dato Noor Sheena juga menambah kelainan iaitu dengan menyediakan minuman pelbagai perisa secara percuma kepada pengunjung dan selain itu belon serta kipas juga diberikan kepada para tetamu yang tiba di Laman Ketibaan.

Mat Sabu Mycar Maha 01
Mat Sabu Mycar Maha 02
Mat Sabu Mycar Maha 03
Mat Sabu Mycar Maha 04

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading