Like this:

Tetak jiran sampai mati – Saspek kini diburu

Seorang lelaki telah diserang dan ditetak dibahagian tanggan sehingga maut selepas membantu isteri suspek membuat laporan polis dalam kejadian di jalan Lingkudau, Keninggau malam tadi.

Dalam kejadian Lebih kurang 9.40 malam itu, Ketika mangsa berada dirumahnya, Isteri suspek telah datang kerumah mangsa untuk meminta bantuan berikutan masalah rumah tangga suspek dan isterinya.

Mangsa kemudian membawa isteri suspek ke balai polis keningau untuk membuat laporan polis. Suspek yang berang telah bergaduh dengan anak mangsa di rumah.

Selepas mangsa pulang dari balai polis berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek menyebabkan suspek telah menetak mangsa sambil disaksikan oleh anak mangsa. Selepas kejadian itu suspek telah melarikan diri.

Suhubungan itu polis Keninggau sedang memburu suspek yang bernama Abdul Razak Berbangsa Suluk dan bukan warganegara malaysia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki ini boleh menghubungi Insp Mohd Azrul Efizul Mohd Asri Di Talian 012-9293148 atau pergi kemana mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ditetak Sampai Mati 01
Ditetak Sampai Mati 02
Ditetak Sampai Mati 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading